Connect with us

Malaysia

Mulai esok tak pakai “Mask” terus kompoun RM1000, Tak de kompromi – Kerajaan

Published

on

Mulai esok tak pakai Mask terus kompoun RM1000, Tak de kompromi - Kerajaan

MALAYSIA: Kerajaan terus memberi amaran kepada orang ramai agar mematuhi SOP memakai pelitup muka bermula esok di tempat ramai orang atau tumpuan umum. Didalam pengangkutan awam.

Sekiranya orang ramai masih lagi degil dan ingar dengan SOP tersebut maka kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu. Mereka akan dikenakan tindakan kompoun sebanyak RM1000 di bawah akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988).

Jadi kami ingin mengingatkan anda semua agar mematuhi arahan dari kerajaan dan nasihat Kementerian Kesihatan ini sekiranya tidak mahu dikompoun.

Sepatutnya, pemakaian pelitup muka kini sudah menjadi norma baharu kepada rakyat Malaysia sejak penularan pandemik cov-19 yang lalu. Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan undang-undang) sudah lebih 5 bulan dah kita buat SOP ni.

Takkan rakyat tak terbiasa, kita tidak akan menerima alasan kalau rakyat kata tak biasa (pakai pelitup muka) – Tegasnya.

Sebelum itu, pada 23 Julai yang lalu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk SEri Ismail Sabri telah mengumumkan bahawa kerajaan mewajibkan pemakaian mask separuh muka di tempat awam susulan kes jangkitan cov-19 kembali mencatatkan peningkatan di peringkat dunia termasuk Malaysia.

Jadi penguatkuasaan bermula pada hari esok. Kami ingatkan anda semua agar pakai mask jika tidak mahu kesusahan di hari kemudian. Patuhi arahan Kementerian dan PEngarah Kesihatan Malaysia bagi membendung dan memutuskan rantaian penularan cov-19 di Malaysia.

Ikuti kami di Channel Telegram Malaysia Terkini klik: https://t.me/malaysiaupdate24

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

#Luar Biasa

error: Penatlah artikel asyik kena copy sebijik-sebijik !